BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

26 July 2009

"INDIE"...Dari Sudut Pandangan AKU



Hmm...hari ini aku terpikir nak bercerita la skit tentang INDIE ataupun INDEPENDENT...Walaupun aku takdelah pakar sangat tentang INDIE2 ni...tapi aku nk berkongsi pendapat dgn korang semua...seperti kita tahu...Malaysia skang sedang mengalami musim "INDIE" yg begitu kuat...macam "CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN"...byk dah band2 yang kita dah tau...Sebagai Contoh??...xpyahlah...mungkin korang dah tau band2 yg ada skang ni...Aku memang tabik SPRRIINNGG kt band2 INDIE ni coz diaorg sangat kreatif dalam menghasilkan sebuah karya atau lagu...lagipun...aku memang suka "MADE IN MALAYSIA"...lebih membanggakan aku ialah apabila sebuah band yg bergerak dalam MYSPACE atau WEB mereka telah berjaya menembusi corong2 radio & menarik perhatian masyarakat kita...Dengan kehadiran band2 INDIE ni juga...kita dapat menenggelamkan muzik2 INDON yang skang ni bermaharajalela di PASARAN MUZIK kita...

Walaubagaimanapun...Kebanjiran Band2 INDIE pada waktu kini bagi aku adalah perkara yang harus dipandang serius...mmg btul...persaingan sihat...tetapi jika terlalu banyak sangat band2 INDIE ni...ianya boleh mendatangkan BOSAN atau JEMU dkalangan peminat...ada setengah peminat lebih bersifaT LOYALTY atau SETIA kpd BAND kesayangan mereka daripada melihat karya dari band2 lain...tengok sajalah KUMPULAN HUJAN...semasa mereka mengadakan persembahan d JB (kalo x silap)...mereka telah dihentam teruk oleh peminat...alasan mereka...HUJAN LEBIH KEARAH MAINSTREAM a.k.a Lupa Daratan...Salahkah HUJAN keARAH MAINSTREAM??...bagi aku...itu rezeki mereka...mereka berhak mendapat apa yang mereka usahakan...bagi aku juga...asalkan mereka masih membawa STYLE OF THEIR MUSIC...aku tetap sokong HUJAN...bkn stakat HUJAN...APA2 SAJALAH BAND INDIE yang ada kat Malaysia ni...aku akan respek mereka melalui ORIGINALITY OF THE MUSIC yang mereka persembahkan...AKU BUKAN PEMINAT SETIA BAND INDIE tapi KREATIVITI BAND2 INDIE ni telah membuatkan aku bangga dengan hasil muzik tanahair...

SELEPAS INI JUGA...aku nak melihat INDIE dari perspektif yang berbeza...Perspektif yang bagaimana??...hmm...mungkin satu hari nanti kita dapat melihat DRAMA INDIE DI KACA TELEVISYEN ataupun FILEM INDIE DI LAYAR PERAK...aku nak tengok...sejauh mana INDUSTRI INDIE ni dapat BERSAING Dengan MAINSTREAM...!!!!

0 comments: